Pemerian dan kegunaan Roda pemecah


Roda lazimnya roda besar pedati yang mempunyai jejari. Dalam beberapa kes mangsa diikat pada roda dan dipukul dengan belantan atau sebatang besi. Dalam kes lain mangsa diikat pada salib Saint Andrew (Saltire) yang diperbuat daripada dua batang kayu yang dipaku dalam bentuk "X",[1][2] dan selepas itu tubuh mangsa yang renyuk mungkin dipamerkan di atas roda.[3] Dalam satu hukuman bunuh kerana kesalahan membunuh orang tuanya, seorang pesalah dipukul dengan roda untuk mematahkan anggota tangan dan kakinya.[4]

Di Perancis, pesalah diletakkan di atas roda dengan lengan dan kaki diikat pada jejari roda dengan berlandaskan batang kayu. Roda kemudian diputarkan perlahan-lahn dan tukul atau sebatang besi digunakan untuk mematahkan tulang tangan dan kaki. Proses ini dilakukan berulang kali. Kadangkala atas dasar 'belas kasihan' pertanda diperintah memukul mangsa di bahagian dada dan perut. Pukulan yang membawa maut ini dikenali sebagai 'coups de grace' ('pukulan kasihan') dalam bahasa Perancis. Tanpa pukulan maut, seseorang yang dibelantan sedemikian rupa boleh terus hidup buat beberapa jam atau hari. Pada kesudahannya mangsa mati akibat dehidrasi dan renjatan.

Perisai Kolej Santa Catherine, Universiti Oxford menunjukkan empat roda pemecah.

Juga di Perancis suatu 'limpah kurnia', digelar 'retentum' , boleh diberikan di mana mangsa dicekik selepas pukulan kedua atau ketiga, atau dalam kes-kes istimewa, mangsa dicekik sebelum pemecahan tulang dilakukan.

Dalam Empayar Rom Holy roda digunakan untuk menghukum mereka yang melakukan pembunuhan teruk (pembunuhan yang dilakukan semasa melakukan kesalahan lain atau pembunuhan yang melibatkan ahli keluarga). Kesalahan yang kurang teruk dihukum dengan pukulan 'dari atas ke bawah', dengan pukulan pertama yang membawa maut ke bahagian tengkuk. Kesalahan yang lebih teruk dihukum dengan pukulan 'dari bawah ke atas', bermula dengan kaki, dan kadangkala pukulan mengambil masa berjam-jam. Bilangan dan urutan pukulan ditentukan oleh mahkamah, dan kepala pesalah sering kali diletakkan pada hujung tombak.[5]

Legenda ada mengatakan Santa Catherine dari Alexandria dihukum bunuh dengan alat ini dan sempena itu alat dikenali sebagai 'Roda Catherine'. Dilaporkan roda pecah dengan menakjubkan selepas disentuh Santa Catherine dan seterusnya beliau dipancung.